fbpx

Wanita dimakan hidup-hidup oleh jerung harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kristi disahkan maut akibat dibaham hidup-hidup oleh seekor ikan jerung harimau. - Kristine Allen/Facebook

HONOLULU, HAWAII- Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) meninggalkan mesej terakhir yang menyayat hati di laman Facebook sebelum dia dimakan hidup-hidup oleh seekor jerung harimau ketika bercuti, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kristi Allen, 60, juga menyiarkan imej ketika dia belajar meluncur di pantai Hawaii beberapa hari sebelum dia dibunuh.

Pakar urut dan jurulatih penyelamat dari negeri Washington itu dilaporkan hilang oleh suaminya, Blake pada 8 Disember lalu selepas mereka menyertai aktiviti snorkeling.

Blake dan rakan-rakannya dilaporkan melihat seekor ikan jerung harimau di dalam air yang sedang memakan sesuatu dalam kawasan yang mempunyai darah.

Pihak berkuasa tempatan di Hawaii memutuskan bahawa Kristi telah dimakan hidup-hidup oleh jerung itu berikutan pencarian udara dan laut selama 40 jam melibatkan Pengawal Pantai AS, Jabatan Bomba Maui dan pasukan penyelamat lautan.

Mereka hanya menemui peralatan snorkeling dan sebahagian pakaian mandi Kristi.

Dalam catatan Facebook yang dikongsi beberapa hari sebelum kejadian, Kristi memberitahu keluarga dan rakan-rakannya bahawa dia sedang melunaskan impiannya di Hawaii.

“Mengikuti impian! Saya ingin belajar meluncur selama bertahun-tahun. Saya komited untuk mencipta kehidupan yang saya suka dengan cara yang besar dan kecil,” tulisnya.

Dia juga berkongsi imejnya ketika meluncur bersama satu mesej yang membawa inspirasi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI