fbpx

Tujuh keluarga dipindahkan akibat tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanah runtuh yang menjejaskan tujuh buah rumah di Kampung Koran Mawang, Serian.

SERIAN –  Tujuh keluarga di Kampung Koran Mawang di sini diarahkan berpindah dari rumah masing-masing apabila kediaman mereka diancam tanah runtuh akibat hujan tanpa henti sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, kesemua 57 orang terdiri daripada 19 lelaki dan 19 wanita dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak dewasa serta enam lelaki dan tujuh wanita warga emas itu kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Koran Mawang.

“Kesemua penghuni tujuh buah rumah diarahkan berpindah akibat kejadian tanah runtuh dan keadaan tanah yang tidak selamat ekoran hujan lebat berterusan,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Katanya, anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat telah digerakkan ke lokasi bagi memantau kejadian.

Sementara, katanya jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat hari ini iaitu seramai 1,207 orang daripada 305 keluarga.

Menurutnya, kesemua mangsa kini ditempatkan di 17 PPS, manakala empat PPS dibuka di Bahagian Serian, Kuching (4), Betong (2) dan Kota Samarahan (7). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI