fbpx

Sistem brek kes terbanyak gagal ujian Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad (dua dari kiri) melihat proses pemeriksaan kenderaan dilakukan kakitangan Puspakom ketika melawat pusat itu di Alor Gajah, Melaka.

ALOR GAJAH – Kira-kira 3,600 kenderaan gagal melepasi pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sini dengan lebih sebahagian disebabkan sistem brek tidak mengikut spesifikasi, dalam tempoh sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, setiap hari Puspakom Alor Gajah memeriksa 400  kenderaan, namun 30 peratus daripadanya gagal melepasi ujian dilakukan.

Jelasnya, antara pemeriksaan dijalankan membabitkan fizikal kenderaan, nombor casis dan sistem brek.

“Pada setiap hari, Puspakom memeriksa 400 kenderaan dan 30 peratus atau kira-kira 120 daripadanya gagal dalam pemeriksaan.

“Antara punca yang menyumbang kepada kegagalan kenderaan adalah disebabkan sistem brek tidak mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Puspakom Alor Gajah, Rembia di sini, semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, kebanyakan kes adalah membabitkan penggunaan pad brek atau cakera brek tiruan yang boleh menyebabkan kegagalan sistem brek, sekali gus membahayakan nyawa pemandu dan pengguna jalan raya lain.

“Murah (tiruan) boleh guna, tapi jaminan keselamatan belum tentu, banyak kes yang berlaku disebabkan brek tiruan dan murah.

“Pemandu atau pemilik kenderaan perlu membuat pembaikan jika gagal pemeriksaan kali pertama dan mereka diberi peluang sehingga pemeriksaan kali ketiga,” katanya.

Ujarnya lagi, sikap sambil lewa pemilik kenderaan yang tidak bersedia dan menghantar kenderaan di saat akhir sebelum tempoh pemeriksaan tamat juga merupakan salah satu faktor kegagalan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI