fbpx

Restoran McDonald’s ‘tanpa manusia’, dikendali robot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan boleh menggunakan skrin sentuh untuk memesan makanan. - Daily Star

WASHINGTON – Sebuah restoran McDonald’s yang dibuka di negeri Texas, Amerika Syarikat dikendalikan hampir keseluruhannya oleh robot, lapor akhbar Daily Star.

Pelanggan restoran itu akan memesan, membayar dan mengambil makanan tanpa perlu berinteraksi dengan manusia.

Restoran automatik itu mempunyai skrin sentuh untuk membolehkan pelanggan memesan makanan, yang kemudiannya akan dihantar oleh sebuah robot.

Seorang pengguna TikTok yang mengunjungi cawangan restoran itu berkata, ia berfungsi dengan baik dan ‘tiada restoran McDonald’s lain yang sama pernah dikunjungi sebelum ini’.

Bagaimanapun, konsep restoran automatik itu membuatkan sesetengah pelanggan tidak yakin.

“Ini akan menyebabkan orang ramai hilang pekerjaan,” kata seorang pengguna.

“Kita sudah mempunyai terlalu banyak perkara automatik dan saya rasa kita tidak perlukan lebih banyak perkara yang tidak memerlukan interaksi dengan manusia,” kata pengguna lain.

McDonald’s bagaimanapun mempertahankan cawangan yang terletak di bandar Fort Worth itu kerana menawarkan ‘khidmat pantas dan lancar untuk pelanggan dan kru’.

Malah, ia sebenarnya tidak dikendalikan sepenuhnya oleh robot. Masih ada ramai kakitangan di dapur, tetapi mereka dikaburi daripada pandangan dan berada di sebalik dinding supaya pelanggan tidak perlu melihat mereka menyediakan makanan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI