fbpx

Pesara rugi RM128,037 ditipu ‘pegawai mahkamah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM128,037 akibat ditipu individu mengaku sebagai pegawai mahkamah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 14 Disember lalu selepas mangsa yang berusia lingkungan 60-an menerima panggilan telefon daripada suspek.

“Suspek yang menyamar sebagai pegawai Mahkamah Pulau Pinang mendakwa mangsa mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan Touch N Go sebanyak RM11,800.

“Mangsa telah disambungkan ke beberapa individu yang menyamar sebagai polis dan individu tersebut telah memberitahu pengadu mempunyai rekod kes jenayah.

“Mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ramli, kerana terlalu panik, mangsa kemudiannya mengikut arahan suspek sekali gus membuatkannya mengalami kerugian sebanyak RM128,037.

Dalam pada itu beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan membuat semakan terperinci terlebih dahulu sebelum bertindak.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan olen orang lain atau menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) mahupun nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kepada pihak lain untuk digunakan bagi apa saja urusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI