fbpx

Percaturan memburu mata maksimum FPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENARAI pemain pilihan yang dijangka memberi mata maksimum buat pengurus FPL minggu ini.

SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali membuka gelanggang pada Isnin depan dengan setiap pasukan sudah bersiap sedia dengan perancangan dan strategi tersendiri untuk melengkapkan baki saingan musim 2022/23.

Tempoh rehat bagi memberi laluan kepada Piala Dunia Qatar 2022 mungkin memberi kelegaan kepada mana-mana pasukan dihimpit masalah prestasi, namun ada juga kelab terima khabar kurang enak terutamanya membabitkan kecederaan pemain.

Arsenal menjadi antara pasukan yang terkesan selepas penyerang­nya, Gabriel Jesus mengalami kecederaan lutut semasa aksi terakhir Brazil di peringkat Kumpulan G menentang Cameroon.

Bagi saingan Fantasi Liga Perdana Inggeris (FPL), setiap pengurus pasukan juga sedang mengerah idea terbaik untuk memilih pemain berpotensi untuk menghadirkan mata maksimum.

Minggu ini, antara perlawanan menjadi tumpuan pasti menjurus kepada perhitungan Manchester United dan Nottingham Forest, sejauh mana ketiadaan Cristiano Ronaldo mampu menghadirkan mood lebih baik kepada Red Devils.

Untuk itu, Kosmo! Ahad berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pemilihan terbaik bagi memastikan pasukan masing-masing mampu me­ngutip sebanyak mungkin mata.

KAPTEN
ERLING HAALAND memberikan pilihan paling mudah buat kesemua pengurus pasukan dan kualiti dimilikinya menjadi taruhan pemain fantasi bagi mendapatkan mata maksimum.

PENJAGA GOL
ALISSON BECKER memiliki kualiti tersendiri untuk menghadirkan aksi terbaik dan perlawanan kali ini dijangka pentas ‘lepas geram’ selepas bintang Brazil itu mengalami kekecewaan pada Piala Dunia.

PERTAHANAN
KIERAN TRIPPIER menjadi antara paling konsisten dalam skuad Newcastle dan berdasarkan faktor itu menjadikan khidmatnya sebagai sandaran The Magpies untuk mengemudi barisan belakang.

TENGAH
MARCUS RASHFORD sentiasa memiliki sentuhan emas dan momentum baik ketika menjaringkan tiga gol buat England pada Piala Dunia dan prestasinya akan dapat dikekalkan di peringkat kelab.

PENYERANG
ALEKSANDAR MITROVIC sudah pun memiliki tempoh rehat yang mencukupi untuk kembali menggegar gawang lawan, malah aksi kali ini dijangka menjadi peluang buatnya untuk tebus kecewa apabila tersisih dalam dua perlawanan liga sebelum ini menentang Man. City dan Man. United.

SENARAI pemain pilihan yang dijangka memberi mata maksimum buat pengurus FPL minggu ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI