fbpx

Nestle hargai sumbangan PBSM bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aranols (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan sumbangan kepada PBSM di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Nestle (Malaysia) Berhad telah menyumbang RM200,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) bertujuan untuk membantu kerja-kerja persiapan menyokong keluarga-keluarga yang mungkin terkesan  akibat musim monsun.

Sumbangan kepada PBSM termasuk wang tunai RM100,000 untuk membeli pek kebersihan keluarga dan setiap pek tersebut mengandungi berus gigi, ubat gigi, detergen, tuala, pisau cukur pakai buang, tuala wanita, tisu tandas dan sabun untuk bekalan sebulan, di samping baldi serta gayung. 

Selain itu, syarikat juga menyumbang produk makanan Nestle bernilai RM100,000 untuk diagihkan oleh PBSM kepada golongan yang terkesan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, pihaknya sentiasa atas sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap jenama syarikat  dan sehubungan itu, ini adalah masa untuk menghulurkan bantuan dengan memainkan peranan aktif dalam usaha membantu keluarga-keluarga yang memerlukan.

“Kami ingin menyokong usaha mereka untuk bersiap sedia menghadapi musim monsun yang akan datang ini.”

“Kami menyanjung tinggi kerja-kerja yang dilakukan oleh PBSM untuk melindungi dan berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan ini,” katanya dalam kenyataan yagn dikeluarkan di sini semalam.

Sebelum ini, syarikat telah menyumbang RM1.2 juta kepada PBSM untuk menaik taraf peralatan perubatan kecemasan dalam ambulans mereka pada 2020. 

Nestle telah lama bekerjasama dengan PBSM menerusi pelbagai inisiatif termasuk penyampaian bekalan makanan dan minuman dari semasa ke semasa pada musim monsun  dan juga penyampaian bantuan ketika negara di landa pandemik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI