fbpx

Nad Zainal buat ‘live’ TikTok pukul 8 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD kembali menyapa peminat malam ini menerusi TikTok dipercayai bagi berkongsi keadaan terkini kesihatannya selepas dibenarkan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU).

PETALING JAYA – Lama menyepi sejak diuji masalah kesihatan jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa diintubasi, pelakon Nad Zainal kembali muncul dengan memaklumkan akan mengadakan sesi siaran langsung (live) menerusi TikTok, malam ini.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin mengumumkan perkara tersebut menerusi satu muat naik status dalam Instagram sebentar tadi.

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Jumpa siaran langsung TikTok pukul 8 malam, Nad Zainal,” kongsi Nad, 32.

Terdahulu, kesihatan pelakon drama rantaian, Dendam Seorang Perempuan itu beransur pulih selepas hampir sebulan dirawat di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Rakan baiknya yang juga pengarah, Shahrulezad Mohameddin memaklumkan, ibu kepada dua cahaya mata itu sudah sedar dan tidak lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Untuk pengetahuan semua keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa,” ujar Shahrulezad, baru-baru ini.

Pada 22 November, media melaporkan Nad dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

Bekas isteri kepada Muhammad Faliq Amirullah itu juga ditidurkan sebagai satu proses rawatan supaya paru-parunya kembali berfungsi dengan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI