PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Utara-Selatan berikutan peningkatan kenderaan memasuki ibu kota sempena perayaan Hari Natal serta musim cuti persekolahan.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Facebooknya memaklumkan trafik mula perlahan di KLK dari arah timur sebelum memasuki Plaza Tol Gombak.
“Turut mengalami kesesakan di Kilometer 31.7 ke Terowong Genting Sempah dan Genting Sempah ke Bukit Tinggi.
“Manakala di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) melibatkan Plaza Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar,” katanya. – KOSMO! ONLINE