fbpx

Gangguan air: 85 lori tangki air digerakkan ke kawasan terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggerakkan sebanyak 85 lori tangki air ke kawasan terjejas berikutan henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi.

Air Selangor dalam kenyataan berkata namun bantuan bekalan air itu diberi keutamaan kepada fasiliti kesihatan sepanjang gangguan tidak berjadual itu.

“Air Selangor telah menggerakkan 85 lori tangki air ke kawasan terlibat bagi memberi bantuan bekalan air kepada pengguna.

‘Dengan keutamaan diberi kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang gangguan tidak berjadual itu,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Air Selangor akan melakukan kekerapan persampelan bagi mengukur kualiti air yang telah terjejas kesan dari bahan sisa pencemaran tersebut.

“Usha menangani insiden pencemaran ini dijalankan secara bersama antara Air Selangor, Lembaga Urus Air Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Jabatan Alam Sekitar.

“Ini bagi mengatasi pencemaran bau di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dapat beroperasi semula dengan segera,” ujarnya.

Pengguna boleh merujuk saluran aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk perkembangan lanjut.

Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan terjejas dipautan hentitugas.airselangor.com serta menerusi aplikasi Air Selangor.

Hari ini, Kosmo! melaporkan sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 7 pagi tadi.

Gangguan itu ekoran henti tugas sementara LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi selepas insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI