fbpx

Filem DVD jadi ‘guru’ lakonan Jasmine Suraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANYAK menonton filem dalam DVD bersama mendiang bapa merupakan proses pembelajaran dan pembentukan karier Jasmine Suraya pada hari ini.

PETALING JAYA – Pelakon Jasmine Suraya mendedahkan, bakatnya bukan dicungkil menerusi kelas lakonan tetapi semuanya hasil pembelajaran sendiri dan banyak menonton filem menerusi cakera video digital (DVD).

Ujar Jasmine, 32, dia membesar dengan banyak menonton filem gengster Hong Kong lama dan politik Hollywood dalam DVD yang disewa bersama mendiang bapanya.

“Saya membesar dengan menonton DVD sewa bersama mendiang bapa. Kami menonton banyak filem gengster Hong Kong dan juga cerita politik Amerika.

“Bertahun kemudian, saya tak belajar berlakon. Semuanya belajar sendiri dan banyak membaca serta menonton filem. Saya selalu tertanya-tanya apa rasanya menjadi seorang pelakon,” katanya.

Tambah pelakon siri Hilang itu lagi, disebabkan dirinya bukanlah seorang yang pandai bergaul seperti tanggapan sesetengah pihak, maka perjalanan kariernya agak perlahan tidak seperti orang lain.

Pun begitu, Jasmine berbangga dengan apa yang dicapainya pada hari ini termasuklah apabila dirinya menjadi penghias untuk majalah Harpers Bazaar Malaysia bagi edisi Women of Cinema.

“Dari kecil sampai besar, impian kanak-kanak saya memang untuk menjadi seorang bintang. Itu memang impian saya sejak kecil.

“Untuk dihargai sebegini, saya rasa bangga dengan diri sendiri. Tahun 2022 ini berbaloi,” tulisnya bangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI