PETALING JAYA – Sebanyak dua sungai di Kelantan berada pada paras bahaya melibatkan daerah Pasir Mas dan Tumpat pada pagi ini.
Menerusi laman sesawang Jabatan Pengarian dan Saliran (JPS) memaklumkan sungai berkenaan adalah di Rantau Panjang dan Kampung Jambu (Kuala Jambu).
“Di Rantau Panjang dengan bacaan melebihi paras bahaya pada 10.02 meter (m) manakala di Kampung Jambu pada 3.18 m, namun kedua-dua kawasan berkenaan berada pada trend menurun,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada pagi ini meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi ini dengan tiada amaran ribut petir serta hujan lebat di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE