fbpx

BYD Atto 3 terima 1,000 tempahan dalam masa dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyerbu ruang pameran BYD di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk melihat sendiri kereta BYD Atto 3 seterusnya membuat tempahan.

PETALING JAYA – BYD Atto 3, kenderaan elektrik untuk penumpang yang pertama kali diperkenalkan di pasaran oleh Sime Darby Motors telah menerima lebih daripada 1,000 tempahan dalam tempoh dua minggu dibuka kepada umum.

Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffry Gan berkata, sambutan menggalakan yang diterima daripada rakyat di negara ini menunjukkan masyarakat kini bersedia kepada kenderaan masa hadapan dan jenama BYD serta prestasi tinggi yang dimiliki oleh kenderaan tersebut.

“Melalui pertumbuhan permintaan yang baik ini, BYD Atto 3 bersedia untuk menyokong perubahan gaya hidup ke arah penjagaan alam sekitar tetapi menawarkan pengalaman memandu yang terbaik.

“Pengoperasian  BYD di Malaysia sedang berjalan lancar  dengan ruang pameran pertama kami telah dibuka di TREC KL di Jalan Tun Razak.

“Kami menjangkakan untuk membuka tiga lagi ruang pameran baharu menjelang pertengahan tahun depan di Ara Damansara, Pulau Pinang dan juga Johor,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Mengulas mengenai sambutan baik itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd. dan PT. BYD Motor Indonesia, Eagle Zhao menjelaskan, pencapaian ini memberi keyakinan bahawa Atto 3 akan memberi pengalaman menarik kepada para pemiliknya melalui ciri-ciri terkini dan eksklusif teknologi yang menjadikan ia sebagai sebuah kenderaan pintar.

BYD ATTO 3 ditawarkan pada harga daripada RM149,800 hingga RM167,800 dengan lima pilihan warna yang menarik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI