fbpx

Biawak seberat 20 kg sesat masuk kawasan resort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap seekor biawak yang sesat di kawasan sebuah resort di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu semalam. IHSAN APM

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu menangkap seekor biawak seberat kira-kira 20 kilogram yang sesat di kawasan sebuah resort Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini semalam.

Ketua Operasi APM Kota Bharu, Leftenan Muda Nor Hamiza Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya, sebelum masuk ke kawasan resort, kakitangan resort itu melihat haiwan reptilia sepanjang kira-kira dua meter itu berada di bawah sebuah kereta.

“Semasa anggota APM tiba, biawak itu sudah berada di kawasan lapang. Anggota bertugas mengambil masa selama 10 minit untuk menangkapnya menggunakan alat khas.

“Haiwan itu kemudianya dibawa ke tempat kurungan sementara di Pejabat APM daerah sebelum ia dilepaskan ke kawasan hutan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, Nor Hamiza, biawak itu kemungkinan sesat selepas air surut di kawasan sekitar kampung yang ditenggelami air akibat hujan lebat pada minggu lalu.

Katanya, sebelum ini, APM Kota Bharu berjaya menangkap biawak dan haiwan berbisa di beberapa rumah penduduk yang terjejas banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI