fbpx

Benam kepala ikan dalam ais tindakan bijak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dimuat naik oleh Sofea Rozaidi yang mengundang perhatian netizen di Twitter

PETALING JAYA – Teknik susunan ikan bawal dengan membenamkan kepalanya ke dalam ais disifatkan kreatif dan tindakan yang bijak untuk mengekalkan kesegaran ikan.

Perkongsian gambar dimuat naik oleh Sofea Rozaidi di Twitter, memaparkan sejumlah ikan bawal yang disusun secara kreatif sekali gus memperlihatkan seakan-akan seperti sedang berenang.

“Apa agaknya motif ikan ini disusun seperti ini,” katanya menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Sehubungan itu, hantaran tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian tersebut.

“Ini bawal emas dan memang perlu disusun seperti ini. Benamkan kepalanya ke dalam ais sebab risau ikan itu keliru samaada dia ikan atau tudung,” seloroh seorang pengguna, @NazrinProperty.

“Sangat kreatif. Semasa memohon kerja, dia sebenarnya minta bahagian pereka agaknya. Tetapi, tak dapat dan terpaksa duduk di bahagian ikan dan ayam,” ciap pengguna lain, @KuroiNidji.

“Di tempat saya, pameran ikan dihias bersama daun salad dan sebagainya yang seakan sebuah akuarium pula,” tulis seorang lagi netizen, @azryn81.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain, @Taufikhiew1 berkata, kaedah itu digunakan bertujuan untuk mengekalkan kesegaran ikan dan ia juga sudah lama dipraktikkan.

Hantaran tersebut telah meraih sebanyak 2,262 ciap semula dan 5,366 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI