fbpx

Banjir kilat berlaku di Mekah akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa buah kereta dihanyutkan arus banjir di Mekah, Arab Saudi semalam. - West Observer

MEKAH – Hujan lebat dan ribut petir menyebabkan banjir kilat di kota suci Mekah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram, lapor portal berita thenastional news.com semalam.

Rakaman video tersebar di media sosial menunjukkan banjir melanda kota suci umat Islam itu dengan sejumlah kereta dihanyutkan oleh air bah pada waktu pagi selepas hujan lebat pada malam sebelumnya.

Agensi berita The Saudi Press (SPA) melaporkan, hujan lebat dan angin kuat mungkin mengehadkan jarak penglihatan di Mekah, Madinah dan kawasan Tabuk, barat laut Arab Saudi.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) mengeluarkan amaran berkaitan cuaca buruk di Mekah semalam dengan Pusat Pengurusan krisis dan Bencana di kota suci itu meminta penduduk supaya tidak meninggalkan rumah masing-masing kecuali jika ada keperluan.

“Orang ramai mesti berhati-hati dan tidak mendekati lokasi di mana air hujan terkumpul untuk memastikan keselamatan mereka,” kata pusat pengurusan krisis tersebut.

Sementara itu, NCM menaikkan tahap amaran hujan di Jeddah semalam.

Hujan turun di beberapa bahagian di Jeddah ketika awan kumulus menutupi langit di bandar pelabuhan tersebut dan penduduk diminta berada di dalam rumah sebagai persediaan untuk menghadapi cuaca buruk. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI