fbpx

Banjir: Kekurangan keperluan mangsa di Durian Mentagau diatasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mangsa banjir memilih pakaian terpakai yang disumbang NGO di PPS SMK Seri Rantau, Dungun hari ini

DUNGUN – Isu kekurangan bekalan keperluan mangsa banjir Kampung Durian Mentangau di sini hanya berlaku pada peringkat awal berikutan pertambahan mendadak mangsa banjir.

Ketua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rasau, Hamdan Abdullah berkata, sekolah tersebut pada awalnya bukan merupakan pusat pemindahan namun terpaksa dibuka berikutan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau di sini juga dinaiki air pada kelmarin.

“Kita akui pada awalnya khemah, selimut, toto, dan bantal tidak mencukupi sebab kita baru mengambil pengurusan PPS.

“Kita juga tidak mendapat maklumat tepat bilangan mangsa dipindahkan pada peringkat awal. Semua kelengkapan mangsa banjir dibawa pihak pengurusan PPS sebelum ini tidak mencukupi kerana mangsa banjir telah meningkat setiap masa,” katanya ketika ditemui Kosmo! di PPS tersebut di sini hari ini.

Hamdan berkata, begitupun, kesemua 89 keluarga dengan 357 mangsa masing-masing telah menerima khemah mereka.

“Setakat ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan khemah dan makanan untuk mangsa banjir tiga kali sehari.

“Kita turut menerima toto (tilam), selimut dan bantal daripada badan bukan kerajaan (NGO) . Sumbangan mereka dialu-alukan kerana kita tak mampu untuk menyediakan bantal kepada setiap mangsa banjir setakat ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI