fbpx

Amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN - AFP

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan beberapa negeri hingga 27 Disember ini (Selasa depan).

Tangkap layar aliran angin di laman sesawang earth.nullschool.net

Amaran Kategori Pertama melibatkan angin kencang diramalkan berkelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam (Kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 hingga 3.5 meter (m).

“Perairan terlibat adalah di Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Lahad Datu, Tioman dan Selat Melaka,” katanya.

Manakala amaran Kategori Kedua pula adalah angin kencang berkelajuan 50 sehingga 60 Kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 hingga 4.5 m.

“Perairan terlibat diramalkan di Sarawak, Sabah Barat dan Labuan, Sabah Timur, Barat Condore, Utara Bunguran, Tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan, Timur Palawan dan Sulu,” ujarnya

Tambahnya, bagi Kategori Ketiga pula adalah angin kencang dengan kelajuan ombak melebihi 60 Kmsj dengan ketinggian lebih 4.5 m melibatkan Timur Condore, Reef North, Barat Palawan.

Sementara itu, menerusi laman sesawang earth.nullschool.net memaklumkan amaran awal angin melampau gelombang ke dua dijangka melanda Malaysia sekali lagi pada 27 Disember.

“Kelajuan angin 22 Kilometer per jam (kmj) dijangka melanda Kuantan manakala Langkawi akan dilanda paling teruk, pada kelajuan angin 35 kmj. Kesannya boleh melanda Pulau Pinang dan tanah besar, menyebabkan banjir kilat.

“Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk tidak melawat Langkawi, atau pantai timur menjelang akhir bulan ini,” katanya.

Kenyataan itu juga berkata, jalan dari Johor ke arah Kelantan juga dimaklumkan bakal menerima angin kencang tersebut.

“Elakkan perjalanan di lebuh raya ini selepas 27 Disember. Kekal selamat dan berhati-hati, corak angin yang sama yang menyebabkan kemurungan tropika berkembang semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI