fbpx

Aksi romantis Syed Iqmal, isteri tak disenangi ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN romantis Syed Iqmal dan Hana Ismail adakalanya membuatkan ramai peminat cemburu dengan kebahagiaan mereka, namun tidak kurang juga yang sudah mula meluat kerana didakwa terlalu berlebih-lebihan.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Da’i Syed dan isterinya Hana Ismail akan mengeluarkan sebuah novel yang mengisahkan perjalanan suka duka hubungan mereka sebelum berkahwin.

Menariknya, novel tersebut ditulis sendiri oleh mereka dan diberi judul 7 Hari Istikharahku.

Proses menyiapkan naskhah tersebut dimaklumkan sendiri oleh pendakwah bebas asal Perlis itu menerusi Insta Story dan meminta orang ramai mendoakan urusan menyiapkannya dipermudahkan.

Dalam sebuah perkongsian video lain menerusi TikTok, Hana bercucuran air mata semasa menceritakan proses penghasilan karya tersebut sambil ditenangkan oleh Syed yang memeluknya dari belakang.

Video tular tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai respons daripada netizen yang meluahkan rasa meluat melihat aksi pasangan pengantin baharu itu sehingga dilabelkan ‘terpaling berkahwin’.

Aksi romantis Syed, 27, dan Hana, 36, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang netizen yang melihatnya.

“Sikit-sikit sudahlah, meluat pula menengoknya. Baru kahwin sehari dua macam dah 40 tahun bercerita. Bukan marah cuma kurang senang,” komen seorang netizen.

“Penat kadang, dialah yang terpaling berkahwin, habis semua benda nak dijaja,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Cukup-cukuplah, tidak perlu berlebih-lebih, kahwin seminggu dua kentut pun bau wangi lagi,” kata netizen lain.

Pada masa sama, terdapat juga netizen yang menasihatkan pasangan itu untuk menyimpan kisah rumah tangga mereka untuk diri sendiri sahaja dan tidak perlu dikongsikan kepada orang lain.

“Masya-Allah, baik dan buruk, bahagia atau tidak, hidup berumahtangga lama atau masih baharu, tidak perlulah dicetak dalam media mahupun di mana-mana sekalipun, biar diri kita dan keluarga saja tahu,” nasihat netizen lain.

Untuk rekod, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selamat diijabkabulkan bersama Hana dengan sekali lafaz pada 3 Disember lalu.

Upacara akad nikah berlangsung di Masjid Ibnu Mas’ud, Kuala Lumpur yang menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin seutas gelang tangan.

Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan secara tertutup di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor pada Oktober lalu.

Perkenalan pasangan merpati dua sejoli itu berlaku dalam masa singkat apabila disatukan oleh Umie Aida selepas Syed meluahkan rasa suka terhadap Hana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI