fbpx

Tanah runtuh: Operasi SAR ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga dari sembilan anjing unit pengesan (K9) dilihat keluar dari lokasi kejadian

HULU SELANGOR- Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm terpaksa ditangguhkan bermula pukul 5.30 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, ia ekoran keadaan hujan lebat yang dikhuatiri akan merisikokan pasukan penyelamat.

“Operasi pencarian ditangguhkan sementara, pada pukul 5.30 petang kerana cuaca tidak mengizinkan.

“Namun demikian, operasi mengesan akan diteruskan sekiranya keadaan cuaca bertambah baik dan aspek keselamatan petugas terjamin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat pukul 7.13 malam, tiada perkembangan positif dari lokasi kejadian berkenaan dengan mangsa terakhir yang masih hilang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI