fbpx

Suka kecomelan Sumayyah, ‘kenan’ wajah anak Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA Sandha sempat menitipkan doa dan kata-kata semangat agar terus kuat mendepani kehidupan demi anak-anak.

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha mendedahkan dia suka melihat foto anak perempuan Puteri Sarah sepanjang hamil anak ketiganya, Aisha Amaira.

Sehinggakan tindakan tersebut membuatkan wajah anaknya saling tidak tumpah seperti anak kedua Puteri Sarah itu, Sumayyah.

Perkara tersebut dikongsikan Fasha menerusi untaian perkongsian dalam Insta Story dengan memuat naik tangkap layar perbualan dia dan Puteri Sarah dalam Instagram beberapa tahun lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Fasha mengagumi kecomelan dan kecantikan wajah Sumayyah ketika kanak-kanak itu berusia beberapa bulan pada 2019.

Kemudian pada 2020, pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu memaklumkan kepada Puteri Sarah bahawa anak dalam kandungannya ketika itu adalah bayi perempuan.

“Doakan bayi saya secantik Sumayyah. Bagi tip macam mana nak dapat bayi cantik dan sihat macam anak perempuan awak,” kata Fasha dalam mesej tersebut.

Pertanyaan mengenai perkara itu dijawab Puteri Sarah dengan memberitahu agar Fasha minum sarang burung supaya kulit bayi cantik.

“Aisha dah besar sekarang. Kulit dia cantik dan muka ada iras Sumayyah sebab saya kan tengok gambarnya masa hamil. Hampir setiap hari tengok, sebab dia bayi yang cantik.

“Sekarang Aisha dah dua tahun tiga bulan. Bila kongsi gambar Aisha, ramai komen macam Sumayyah. Memang benarlah, bila hamil kena tengok yang cantik dan manis. Semoga Sumayyah sihat,” tulisnya.

Pada masa sama, Fasha tidak ketinggalan menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Puteri Sarah yang berdepan masalah rumah tangga.

Pesannya, pelakon itu harus kuat dan teruskan sibuk bekerja kerana kesibukan boleh membuatkan seseorang lupa dengan semua masalah yang dihadapi.

“Kak doakan yang baik-baik buat adik (Puteri Sarah), kuat untuk anak-anak dan terus berjuang! Terus bekerja, insya-Allah bila sibuk, kita tak fikir sangat masalah-masalah itu. Insya-Allah, kak doa dipermudahkan,” tulis Fasha.

Sekadar info, keretakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof memasuki episod baharu apabila pengarah itu didakwa sudah pun berkahwin dengan anak pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI