fbpx

Pelan pengurusan banjir melancarkan operasi banjir bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah (dua dari kanan) meninjau keadaan pasca banjir di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Pelan pengurusan banjir yang dilaksanakan awal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sebelum negara memasuki fasa Monsun Timur Laut berjaya membantu melancarkan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa pada kali ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, JBPM telah membuat perancangan awal mengenalpasti lokasi panas berisiko banjir di seluruh negara.

“Pelan itu berjaya melancarkan operasi mennyelamat mangsa banjir pada musim tengkujuh setakat ini,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui meninjau operasi pembersihan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa di sini hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, setakat ini, mangsa yang terjejas dengan gelombang pertama banjir di Terengganu adalah 40,000 orang.

Tambah beliau, pasukan bomba terlibat secara langsung menyelamatkan lebih 2,000 mangsa terbabit keluar dari kawasan bencana.

“Operasi banjir di Terengganu melibatkan 1,310 anggota bomba termasuk yang dipinjamkan dari beberapa negeri lain.

“Mereka sangat bersedia untuk berdepan gelombang baharu banjir yang boleh berlaku lagi pada bila-bila masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI