fbpx

Kim Go-eun, Son Heung-min tiada cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Kim Go-eun didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan kapten pasukan bola sepak Korea Selatan, Son Heung-min.

USAI demam Piala Dunia, nama aktres Kim Go-eun menjadi hangat didakwa menjalinkan hubungan dengan kapten pasukan bola sepak Korea Selatan, Son Heung-min.

Spekulasi berkenaan mula tercetus selepas netizen mendakwa, Go-eun ada mengikuti sebuah akaun Instagram privasi yang didakwa milik Heung-min.

Perkongsian Instagram Go-eun yang baru-baru ini menyokong pasukan Korea Selatan di Piala Dunia Qatar 2022 dijadikan alasan menguatkan spekulasi berkenaan.

Tindakan pemilik agensi pengurusan Go-eun yang dilihat mengikuti akaun Instagram Heung-min juga sekali gus dijadikan bukti kukuh oleh netizen bahawa kedua-duanya memiliki hubungan istimewa.

Sejurus gosip tersebut berlegar dalam internet, agensi Go-eun tampil menafikan sekeras-kerasnya spekulasi percintaan dua nama besar Korea Selatan itu.

Tegas agensi, kedua-dua figura itu langsung tidak pernah bertemu dan sokongan Go-eun terhadap pasukan Korea Selatan adalah perkara normal bagi rakyat dan peminat bola sepak.

Tampil mempertahankan keadaan, aktres Jang Hui-ryoung juga memaklumkan, akaun Instagram privasi yang diikuti Go-eun merupakan miliknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI