fbpx

Bilangan penumpang di LTAPP meningkat 10 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAYAN LEPAS – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) merekodkan 3.64 juta penumpang dari Januari sehingga November lepas susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, angka yang dicatatkan meningkat sebanyak sepuluh kali ganda berbanding hanya 366,000 penumpang bagi tempoh sama tahun lalu.

Jelas beliau, angka terbabit masih rendah berbanding semasa pra pandemik dan penerbangan antarabangsa baharu sahaja beroperasi semula selepas pembukaan rasmi sempadan negara.

“Selain itu, kemasukan pelancong ke negara ini meningkat sebanyak 894 peratus berbanding tahun lalu ekoran ketika itu negara kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walau bagaimanapun, kita kekal positif dan menjangkakan lebih ramai pelancong akan ke sini pada tahun depan sekali gus membuktikan sektor pelancongan semakin pulih,” katanya selepas meraikan ketibaan penerbangan sulung MYAirline dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI