fbpx

Bayi kembar Siam dua kepala, dua kaki dan empat tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kandungan bayi itu dalam tempoh sembilan bulan dianggap normal. - Newsflash

KAHERAH – Kelahiran sepasang kembar Siam di Mesir telah mengejutkan doktor-doktor kerana bayi berkenaan memiliki empat tangan, dua kaki dan dua kepala, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ibu mereka bagaimanapun sudah menjangkakan kelahiran ganjil tersebut.

Kembar Siam itu dilahirkan di Hospital Universiti Mansoura ketika usia kandungan dalam tempoh sembilan bulan yang dianggap normal.

Kembar Siam itu dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean dan jantina mereka masih belum didedahkan.

Oleh kerana berkongsi banyak organ, kembar Siam itu dipercayai tidak akan dipisahkan. Mereka kini dipindahkan ke hospital pakar kanak-kanak untuk rawatan lanjut.

Akhbar The Mirror Uk melaporkan bahawa kes itu jarang berlaku dan proses pemisahan kembar Siam adalah amalan perubatan yang boleh dilakukan.

Dalam kes berasingan pada September lalu di Hospital Great Ormond Street di London, sepasang kembar Siam berjaya dipisahkan melalui pembedahan.

Kembar Siam berkenaan bercantum dari paras dada hingga ke pelvis dan pembedahan itu dianggap berjaya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI