fbpx

Bau busuk bongkar kematian jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang warga emas yang ditemukan mati dalam rumahnya di Rumah Rakyat Dangi, di sini, pagi tadi. - IHSAN PEMBACA

KUALA PILAH – Bau busuk di Rumah Rakyat Dangi, di sini pagi tadi membawa kepada penemuan mayat penduduk yang tinggal berseorangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat awal kematian tersebut membabitkan lelaki warga emas iaitu Md. Nor Dahalan, 67, di kawasan perumahan tersebut.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa sudah meninggal dunia tiga hari dan kematiannya disahkan oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Johol.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI