fbpx

Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan terus catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Jelujok, Tumpat berpindah ke PPS apabila kampung mereka baru dinaiki air kelmarin. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus mencatatkan penurunan apabila seramai 24,297 mangsa pagi ini berbanding 25,131 mangsa malam tadi susulan cuaca di kebanyakan daerah semakin baik sejak beberapa hari lalu.

Pegawai Pengurusan Bencana dan Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Kapten Mohd. Hanif Omar berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 834 mangsa.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 7,623 buah keluarga yang berlindung di 75 pusat pemindahan sementara (PPS) dan angka itu menurun daripada 7,816 keluarga berlindung di 77 PPS semalam.

“Daerah Pasir Mas masih kekal daerah yang paling teruk terjejas apabila melibatkan seramai 13,395 mangsa diikuti Pasir Puteh (4,214 mangsa), Tumpat (4,522 mangsa) dan Bachok (1,119 mangsa).

“Seramai 695 mangsa banjir di Kuala Krai, Tanah Merah (154 mangsa), Kota Bharu (144) Machang (53 mangsa) dan Jeli (17 mangsa). Gua Musang masih tiada mangsa banjir dicatatkan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohd. Hanif, air Sungai Kelantan di Tangga Krai menurun dan berada pada paras berjaga-jaga manakala di Tambatan Diraja, Kota Bharu sudah menunjukkan bacaan normal.

Katanya, air Sungai Golok di Jenob ketika ini berada paras normal manakala Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI