fbpx

APAD batalkan lesen syarikat lori akibatkan kematian bayi di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada rakaman kamera papan pemuka menunjukkan muatan terjatuh dari lori ketika mengambil selekoh di laluan Gerik-Jeli 29 Oktober lalu.

PUTRAJAYA – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan bahawa lesen pengendali sebuah syarikat lori yang terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak pada 29 Oktober lalu sehingga mengakibatkan kematian seorang bayi dibatalkan berkuat kuasa serta merta.

Agensi berkenaan berkata, tindakan pembatalan tersebut dibuat selepas syarikat berkenaan, Mun Fei Enterprise didapati gagal dalam Audit Keselamatan (JISA) dan mempunyai rekod Kesalahan Lampau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan keselamatan pengguna.

“Susulan daripada insiden kemalangan tersebut, siasatan telah dijalankan antara JPJ dan APAD dan tindakan telah diambil di bawah Seksyen 57(1)(b)(x) dan Seksyen 58(1)(b) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“Jawatankuasa Penggantungan dan Pembatalan Lesen APAD memutuskan untuk membatalkan lesen Pengendali Mun Fei Enterprise IPO103026-M berkuat kuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, susulan tragedi tersebut, permit syarikat syarikat berkenaan telah digantung selama setahun selain lesen pemandu lori itu juga turut digantung antara enam hingga lapan bulan.

Keputusan penggantungan dibuat JPJ selepas mendapati, lori syarikat tersebut gagal dalam Pemeriksaan dan JISA dijalankan JPJ dan Apad.

Dalam kejadian pada 29 Oktober lalu itu, seorang bayi maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya merempuh muatan yang jatuh dari lori berkenan dari arah bertentangan ketika melalui satu selekoh di Gerik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI