fbpx

Amaran ribut petir di 6 negeri hingga 9 malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat berserta ribut petir di enam negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negeri-negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Kedah (Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

“Di Perak, kawasan terlibat adalah di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Dalam pada itu, ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI