fbpx

Video tular warga asing cuba diperas ugut di pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penunggang motosikal dipercayai warga asing bersama anaknya ketika diperas ugut di pasar pagi Guar Chempedak, Yan

YAN – Tindakan pantas pengunjung pasar pagi Guar Cempedak di sini meleraikan perbuatan seorang lelaki cuba memeras ugut seorang pekerja dipercayai warga asing yang tular di media sosial hari ini berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Rakaman video berdurasi 39 saat itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai penduduk tempatan dilihat membuat provokasi terhadap seorang warga asing yang menaiki motosikal bersama anak lelakinya.

Lelaki tempatan itu didengari meminta wang daripada warga asing terbabit namun permintaannya itu tidak dilayan meyebabkan suspek itu cuba merampas kunci motosikal mangsa.

Tindakan mangsa menghalang lelaki terbabit berbuat demikian menyebabkan suspek berang dan menumbuk muka mangsa menyebabkan anak lelaki mangsa yang duduk di dalam raga motosikal terkejut dan menangis.

Suspek kemudian dilihat berjaya merampas dompet mangsa sebelum mangsa turun daripada motosikal dan cuba mendapakan kembali dompetnya.

Perbuatan suspek dilihat sekumpulan peniaga di situ yang berteriak agar mangsa diberi perlindungan bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpanya.

Bagaimanapun tindakan pantas beberapa orang pengunjung meleraikan kejadian itu berjaya memujuk suspek dan mengambil kembali dompet untuk diserahkan kepada mangsa.

Suspek kemudiannya diarah meninggalkan kawasan itu, manakala mangsa yang berjaya memperolehi semula dompetnya turut diarah beredar.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shanaz Akhtar Haji yang dihubungi berkata, dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana pihaknya belum menerima sebarang lapuran berkaitan kejadian yang didakwa berlaku di Guar Cempedak itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI