fbpx

United tawar kontrak buat pemain tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED sedia menawarkan kontrak lanjutan setahun kepada empat tonggak utamanya, Rashford, Shaw, Dalot dan Fred dalam tempoh terdekat.

LONDON – Manchester United tidak rela berada dalam situasi sukar dan sedang berkira-kira untuk menawarkan lanjutan kontrak setahun kepada empat tonggak utamanya, Marcus Rashford, Luke Shaw, Diogo Dalot dan Fred.

Kesemua pemain itu boleh melakukan rundingan prakontrak dengan kelab asing bermula 1 Januari ini sekiranya United ambil keputusan tidak mengaktifkan klausa lanjutan yang terdapat dalam kontrak sedia ada.

Mengikut perjanjian lama, keempat-empat pemain itu akan tamat kontrak pada 1 Julai depan dan Rashford yang menjaringkan tiga gol buat England pada Piala Dunia sedang diintai gergasi Pe­rancis, Paris Saint-Germain.

Jadi, langkah Red Devils untuk melanjutkan kontrak Rashford sehingga musim panas 2024 dijangka boleh mengelak sebarang isu dalam pasukan, manakala khidmat Shaw dan Dalot begitu penting buat pengendali pasukan, Erik ten Hag.

Walaupun tempatnya dirampas oleh dua pemain baharu, Casemiro dan Christian Eriksen, Fred menjadi antara pemain yang kekal mendapat penghargaan daripada Erik Ten Hag.

Dalam pada itu, United juga difahamkan sedang melakukan rundingan untuk mengekalkan khidmat penjaga gol berpengalaman, David de Gea di Old Trafford.

De Gea, 32, mendakwa bahawa dia sedia menamatkan karier ke peringkat tertinginya di Uni­ted dan kelab itu juga bersedia mengikat pemain tersebut dengan perjanjian jangka panjang baharu dan bukannya kontrak lanjutan setahun seperti yang lain.

Diketepikan oleh Sepanyol pada Piala Dunia Qatar 2022, De Gea telah membuat 507 penampilan untuk United selama 11 tahun di Old Trafford sehngga menyaksikan pesaingnya, Dean Henderson terpaksa dipinjamkan ke Nottingham Forest. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI