fbpx

Tiroid sembuh, Park So-dam kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK SO-DAM

BUAT julung kalinya, pelakon wanita, Park So-dam membuat kemunculan semula selepas menjalani pembedahan kanser tiroid tahun lalu.

So-dam yang muncul dalam sidang akhbar filem Phantom kesal kerana telah menimbulkan kebimbangan kepada ramai pihak.

Setelah menghidap kanser, dia sering menasihati peminatnya untuk mengamalkan cara hidup sihat dari segi mental dan fizikal.

Dalam masa sama, dia teruja dapat berjumpa dengan peminat selepas berehat panjang kerana pembedahan.

“Pada tahun lalu, saya kehilangan suara dan terlantar atas katil selepas pembedahan. Musim cuti kali ini ternyata berbeza berbanding tahun lalu.

“Saya sangat gembira dapat bertemu dan bertegur sapa dengan anda semua. Sejujurnya, saya gementar sehingga tangan berpeluh.

“Namun, saya gembira dapat melihat barisan pelakon lain dan pengarah. Keadaan ini seakan-akan permulaan baharu buat diri saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI