fbpx

Terjun sungai, tinggalkan 282,000 batang rokok seludup dalam bot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HANIFF (dua dari kiri) menunjukkan rokok keretek pelbagai jenama yang berjaya dirampas di kuala Sungai Batu Pahat, Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT – Dua lelaki dipercayai warga tempatan bertindak nekad terjun daripada bot dinaiki bagi mengelak dicekup anggota penguatkuasa selepas disyaki cuba menyeludup masuk rokok bernilai RM58,760 dalam kejadian di kuala Sungai Batu Pahat di sini awal pagi hari ini.

Tindakan dua lelaki berkenaan berlaku pada pukul 1 pagi selepas dikejar hampir 10 minit oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd. Haniff Mohd. Yunus berkata, hasil daripada kejadian itu, pihaknya berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk rokok kretek pelbagai jenama disyaki dari negara jiran.

Katanya, kejayaan itu dicapai dalam Op Jaksa dan Op Sapu Air 2022 yang mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri dengan menuju ke arah ke arah kuala Sungai Batu Pahat.

“Sebaik sampai di tebing sungai, kedua-dua lelaki berkenaan dilihat terjun dari bot dan melarikan diri tanpa dapat dikesan dengan meninggalkan sebuah bot yang penuh dengan muatan rokok pelbagai jenama.

“Pemeriksaan ke atas bot berwarna merah putih tanpa nombor pendaftaran mendapati sebanyak 282,000 batang rokok kretek disyaki tidak bercukai dengan nilai RM58,760,”katanya kepada pemberita di Bilik Mesyuarat Maritim Batu Pahat di sini hari ini.

Menurut Mohd. Haniff, bot serta rokok yang dirampas kemudiannya ditunda ke Pengkakan Zon Maritim Batu Pahat untuk disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Ujarnya, keseluruhan nilai rampasan rokok termasuk bot, enjin serta rokok bercukai bernilai RM303,000.

“Kebiasaanya penyeludup akan menunggu air pasang besar untuk melakukan aktiviti kerana memudahkan mereka untuk merapati tebing dan memunggahkan barang-barang seludup,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI