fbpx

Tanah runtuh: ‘Tiga mangsa berpelukan, seorang tersepit celah batu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penemuan empat mayat sekitar pukul 10.39 pagi tadi

HULU SELANGOR- Pilu dan sedih. Itulah yang digambarkan oleh seorang anggota bomba apabila melihat sendiri empat mayat tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang dijumpai pagi tadi.

Pegawai yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 28, berkata, sebelum penemuan keempat-empat mangsa, jengkaut sedang menggali tanah dan ternampak bungkusan khemah.

“Apabila anggota penyelamat membuka khemah itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan diapit di tengah-tengah antara seorang wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa.

“Mereka nampak macam berpelukan, sebab kejadian yang terjadi pun pada waktu mereka tidur. Cumanya keadaan mayat lelaki itu agak menyayat hati kerana seperti tersepit dengan batu,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Tambah Sharifah yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, ini merupakan tragedi yang terburuk buatnya selama dia bekerja sejak tahun 2019.

Sehingga kini, Sharifah terlibat dalam empat kali operasi sejak kejadian yang terjadi pada Jumaat lepas.

“Kita pun tahu pegawai Bomba wanita tidak ramai. Jadi apabila saya dapat peluang untuk terlibat dalam operasi ini, terus saya rebut.

“Sememangnya letih dan penat itu ada, tetapi sebab dah pernah menjalani latihan dan ini adalah tugas saya, jadi saya terus kekal kuat,” katanya.

Sehingga kini, tiga mangsa masih belum ditemui, daripada seluruh mangsa yang terlibat adalah 94 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI