fbpx

Tanah runtuh: Mangsa berpelukan dengan anjing, sah Uncle Eric

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uncle Eric ditemui semalam sekitar 11.16 pagi di Sektor B, dalam keadaan sedang berpelukan dengan salah seekor anjingnya. Sumber foto: Facebook

HULU SELANGOR- Mangsa ke-26 yang ditemui sekitar pukul 11.16 pagi semalam, dalam tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan, di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, merupakan Eric Wong Chai Chong atau mesra dipanggil Uncle Eric.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah.

“Waris yang hadir pada Isnin lepas di lokasi kejadian memang isteri dan anaknya. Jasad mangsa telah dituntut oleh keluarga mereka di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa gambar Uncle Eric bersama tiga ekor anjing peliharaannya di media sosial sekali gus menimbulkan tanda tanya tentang identiti mangsa yang ke-26 itu.

Semalam juga Kosmo! melaporkan jasad Uncle Eric ditemui di Sektor B dalam keadaan sedang berpelukan dengan salah seekor anjingnya manakala seekor lagi berada berhampiran dengan mangsa.

Walau bagaimanapun, seekor lagi anjing milik Uncle Eric masih tidak ditemui.

Sehingga kini, tiga mangsa masih belum ditemui daripada keseluruhan mangsa yang berjumlah 94 orang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan bermula pukul 8 pagi tadi setelah ditangguh malam semalam atas faktor cuaca. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI