fbpx

Tanah runtuh: Jumlah mangsa terlibat adalah 92 orang, bukannya 94 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi

HULU SELANGOR- Jumlah sebenar mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands adalah 92 orang dan bukannya 94 orang.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, dalam satu sidang media sekitar pukul 5.45 petang tadi.

“Sejak operasi mula dijalankan, kita telah umumkan jumlah mangsa keseluruhan yang hilang adalah 94 orang sama ada yang selamat atau meninggal dunia.

“Namun setelah kita membuat semakan beberapa kali dengan laporan polis waris mangsa dan daftar masuk pelanggan Fathers Organic Farm, kita mendapati jumlah keseluruhan mangsa terlibat adalah 92 orang.

“Seramai 30 mangsa telah disahkan maut, manakala 61 orang selamat, menjadikan seorang sahaja lagi mangsa yang masih belum ditemui,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya lagi, kekeliruan tersebut timbul kerana ada daftar masuk pelanggan Fathers Organic Farm yang bertindih pada hari kejadian.

Arjunaidi turut menegaskan jika terdapat waris mangsa yang tampil untuk membuat laporan, maka jumlah keseluruhan mangsa akan berubah lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berkata operasi pada petang ini ditangguhkan sehingga diberitahu atas faktor cuaca yang buruk. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI