fbpx

Tanah runtuh: Identiti 2 daripada 4 mangsa telah dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat mangsa ditemukan pada hari ketujuh operasi, sekitar pukul 10.39 pagi tadi.

SUNGAI BULOH- Identiti dua orang dewasa yang ditemui pagi tadi telah dikenal pasti oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Menurut sumber dipercayai, dua mangsa terbabit adalah sepasang suami isteri dari Melaka yang dilaporkan hilang dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali-Genting Highlands sebelum ini.

Dua mangsa berkenaan adalah Tai Chan Lin,35, dan isterinya, Yu Siew Pay, 34 tahun.

Sementara itu, dua kanak-kanak yang ditemukan dalam khemah bersama pasangan tersebut belum dikenal pasti setakat 6 petang tadi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan empat mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 10.39 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI