SUNGAI BULOH- Trak polis yang membawa empat mayat mangsa tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan, Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, tiba di Hospital Sungai Buloh sekitar pukul 12.50 tengah hari.
Empat mangsa berjaya ditemukan oleh anggota mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 10.39 pagi tadi.
Terdahulu Kosmo! melaporkan mangsa difahamkan terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Penemuan empat lagi mangsa tragedi berkenaan menjadikan jumlah mangsa maut setakat ini adalah seramai 30 orang daripada keseluruhan mangsa yang terlibat iaitu 94 orang.
Operasi mencari baki tiga mangsa yang hilang sedang giat dijalankan dilakukan oleh anggota SAR. -KOSMO! ONLINE