fbpx

Tanah runtuh: Anggota SAR lega, mayat ahli keluarga ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melvin Chin ketika menyertai Operasi SAR di Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor.

HULU SELANGOR – Perasaan sayu bercampur lega dirasai seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas menemui mayat saudaranya yang turut tertimbus dalam tragedi tanah runtuh Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, pagi tadi.

Meskipun anggota berpangkat sarjan itu telah menghampiri usia emas, penglibatan dirinya dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula sejak hari kedua sehingga sekarang.

Melvin Chin, 59, berkata, penglibatan dirinya dalam operasi SAR dilakukan tanpa mengenal erti lelah sehingga jasad ahli keluarganya ditemui.

“Detik-detik yang menggerakkan saya untuk mengikuti misi SAR adalah selepas terkejut melihat laporan kejadian tanah runtuh yang disertai ahli keluarga yang berasal dari Melaka.

“Atas rasa semangat, saya memohon kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Klang bagi menyertai pasukan bantuan Operasi SAR yang digerakkan untuk membantu pasukan pencarian,” katanya.

Walau bagaimanapun, pencarian Melvin akhirnya bernoktah apabila menemui mayat ahli keluarganya pada sekitar pukul 10.39 pagi tadi.

“Sememangnya berasa penat kerana mula membantu di dalam Operasi SAR sejak hari kedua hingga hari ini (hari ketujuh).

“Walaupun hati sedih, namun dapat juga menarik nafas lega dengan penemuan empat orang yang terbaharu sekali gus menamatkan penantian menemui jasad ahli keluarga saya.

“Terima kasih kepada semua agensi yang bekerjasama dalam operasi SAR ini,” katanya.

Terdahulu, setakat petang tadi, misi pencarian tetap diteruskan dengan berbaki tiga lagi mangsa yang belum dijumpai namun ditangguh seketika ekoran hujan tanpa henti.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI