fbpx

Suami isteri bergantung belas ihsan jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROPISHAH melihat kesan pembedahan pada kaki suaminya di rumah mereka di Kampung Tengah, Yan semalam.

YAN – Sepasang suami isteri di Kampung Tengah, Kuala Sungai Yan di sini, terpaksa mencatu makanan dan adakalanya hanya makan sekali sehari bagi mengelakkan bekalan makanan hasil sumbangan jiran-jiran habis dengan cepat.

Lebih memilukan pasangan itu ada kalanya hanya menjadikan ikan belukang yang dipan­cing di anak sungai di hadapan rumah sebagai sumber protein kerana tidak mempunyai wang untuk membeli ikan di pasar.

Situasi itu dihadapi Ibrahim Ashari, 63, dan isterinya ­Ropishah Abdullah, 58, sejak beberapa bulan lalu bagi meneruskan kehidupan kerana tidak lagi dapat bekerja.

“Saya mempunyai dua anak lelaki dan tiga perempuan melalui perkahwinan pertama dan tidak mempunyai zuriat selepas berkahwin dengan Ropishah 11 tahun lalu,” kata Ibrahim ketika di temui di rumahnya semalam.

Menurut Ibrahim, kehidupannya dahulu tidaklah seteruk ini kerana pendapatannya sebagai nelayan yang mempunyai perahu dan peralatan memukat sendiri boleh menyara kehidupan.

“Kami mula dihimpit kesusahan selepas bot dan peralatan memukat dijual hingga saya hilang punca pendapatan.

“Sejak itu kami hidup susah dan hanya bergantung kepada belas ihsan jiran memberi beras dan bahan dapur untuk meneruskan hidup,” katanya.

Katanya, kehidupan semakin sukar selepas dirinya disahkan mengidap pe­nyakit diabetes dan tidak boleh bekerja berat kerana sering letih menyebabkan gagal menjelaskan bayaran bil eletrik yang telah mencecah RM 2,940.65 dan bil air sebanyak RM 440.

“Malang berterusan selepas menjalani pembedahan membuang kulit tumit ekoran terpijak kaca tiga bulan lalu.

“Saya juga tidak pernah mendapat sebarang bantuan walaupun pernah membuat permohonan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasio­nal (BSN) 0212-5290-0009-4730 atau menghubungi talian ­013-2672188. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI