fbpx

ResQ UPSI bantu mangsa banjir di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan ResQ UPSI menggunakan dinghy dalam misi membantu mangsa di Kelantan pada Selasa lalu.

TANJUNG MALIM – Pasukan sukarelawan ResQ, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membantu memindahkan tiga keluarga mangsa banjir di Kelantan pada Selasa lalu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pasukan ResQ universiti berkenaan akan digerakkan bagi membantu mangsa apabila musim banjir melanda di seluruh negara.

Beliau berkata, pasukan sukarelawan dengan kekuatan seramai 12 kakitangan bagi misi di Kelantan itu telah diketuai oleh Dr. Omar Firdaus Mohd.

“Mereka bergerak ke Kampung Topeng dan Taman Sri Mas di Pasir Mas untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Pasukan itu bergerak bersama aset iaitu satu unit dinghy, satu unit rakit serta tiga unit kenderaan pacuan empat roda,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Di Pasir Mas, Md. Amin berkata, pasukan ResQ menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas dan menghantar bantuan makanan kepada mereka.

Menurutnya, mangsa yang terkandas telah terputus bekalan makanan bermula dari gelombang pertama yang bermula pada 19 Disember lalu.

Pada masa sama, beliau berkata, selain ResQ UPSI, misi membantu mangsa berkenaan turut disertai Yayasan Amal, MyFundAction serta Raja Shamri Foundation. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI