fbpx

Rakyat perlu sentiasa siap sedia hadapi bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman Athirah (tengah) menerima taklimat tentang stok bekalan makanan dan kelengkapan asas mangsa banjir di Depoh Simpanan Keperluan Bencana JKM di Pulau Kerengga, Marang, hari ini.

MARANG – Penduduk di negara ini dinasihatkan sentiasa melakukan persiapan bencana berikutan kejadian banjir di luar jangka yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, penduduk tetap perlu berwaspada walaupun menetap di kawasan yang tidak pernah berisiko banjir sebelum ini.

“Mereka disaran untuk sentiasa merujuk portal kementerian atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengetahui situasi terkini bencana di kawasan masing-masing.

“Kita perlu ambil berat membuat persiapan walaupun kawasan (perumahan) jarang berlaku banjir,” katanya.

Terdahulu beliau meninjau stok bekalan makanan dan kelengkapan asas mangsa banjir di Depoh Simpanan Keperluan Bencana JKM di Pulau Kerengga di sini, hari ini.

Aiman Athirah berkata, bencana termasuk banjir pada waktu ini sukar diramal disebabkan pelbagai faktor.

Dalam perkembangan sama, beliau memberi jaminan JKM akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan bekalan barangan mangsa banjir tiba tepat pada masanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI