fbpx

PM adakan lawatan ke DBKL, bincang isu miskin bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Ahli Parlimen KL di DBKL hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan dan perjumpaan dengan pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Anwar berkata, beliau mendengar beberapa taklimat serta penerangan terkait pengurusan dan hal ehwal DBKL.

Jelas beliau, pertemuan itu turut dihadiri oleh semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Saya turut mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha bagi mendepani permasalahan miskin bandar.

“Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat,” tulisnya di laman Facebook.

Terdahulu antara Ahli Parlimen yang hadir pada pertemuan tertutup itu termasuk Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Perdana Menteri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI