fbpx

‘Pink iguana’ muncul kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iguana merah jambu Galapagos. - Galapagos Conservancy

QUITO, Ecuador – Sejenis reptilia terancam yang hanya hidup di sebuah kepulauan milik Ecuador kini membuat kemunculan semula, lapor laman berita Wion News.

Saintis-saintis buat pertama kalinya menemui populasi reptilia berkenaan, iguana merah jambu di Kepulauan Galapagos.

Spesies itu pertama kali ditemui beberapa dekad lalu dan diberikan status terancam tahap kritikal.

Menurut anggaran sebuah organisasi tidak bermotifkan keuntungan, Galapagos Conservancy, sehingga kini, hanya 200 ekor iguana merah jambu diketahui masih hidup dan kesemuanya berada di lereng Gunung Berapi Wolf, Pulau Isabela. 

Pulau itu adalah sebahagian daripada Kepulauan Galapagos.

Ia juga sangat terancam kerana gunung berapi itu aktif. Satu lagi ancaman terhadap populasi iguana merah jambu adalah spesies asing, terutamanya tikus yang muncul di Pulau Isabela.

Pengarah Taman Negara Galapagos, Danny Rueda berkata, penemuan itu membolehkan mereka mengenal pasti cara untuk menyelamatkan populasi iguana itu.

“Mengetahui semua aspek yang menjadikan kewujudan iguana merah jambu terdedah membolehkan kami mengambil tindakan tepat pada masanya, terutamanya terhadap spesies invasif,” tambahnya.

Kepulauan Galapagos yang menjadi ekosistem kepada spesies unik ini juga menempatkan beberapa spesies terancam lain.

Antara spesies lain yang ditemui termasuk kura-kura gergasi dan burung kormoran yang tidak boleh terbang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI