fbpx

Pemandu maut, van bertembung bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah van selepas bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 24, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas van yang dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 24, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Nahas pada pukul 3.30 petang itu mengorbankan pemandu van jenis Nissan, Mhd. Rizuan Ishak, 43, selepas tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan seorang penumpang bas ekspres, Muhamad Ihtisyam Muazam Shah Idris, 11, patah tulang pipi kanan manakala, dua pemandu dan 30 penumpang lain tidak mengalami kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dalam perjalanan dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, van membawa muatan barangan elektronik yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu bas berusia 32 tahun cuba mengelak, namun jarak yang terlalu hampir dan secara tiba-tiba menyebabkan dia tidak sempat membrek lalu merempuh dengan van itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Menurut Choon Foo, insiden itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke laluan sebelah kanan jalan menghala ke Kuala Krai dan pemandu van meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah bedah siasat dan penumpang kanak-kanak yang cedera menerima rawatan susulan di hospital sama.

Tambahnya, siasatan mendapati, cuaca hujan renyai-renyai semasa kemalangan berlaku dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI