fbpx

Pelanggan Bank Islam terjejas banjir boleh tangguh bayar pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PMKS yang terjejas banjir boleh memohon untuk mendapatkan pembiayaan daripada Bank Islam. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Prihatin dengan bencana banjir yang dialami di beberapa buah negeri, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah mengumumkan pelaksanaan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggannya yang terjejas. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pelanggan dengan  kemudahan pembiayaan perumahan, pembiayaan peribadi dan pembiayaan Kenderaan Bank Islam yang terjejas akibat bencana ini boleh mengemukakan pemohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan mereka sehingga tempoh enam bulan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku.

“Bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas, Bank Islam menawarkan Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk pelanggan Pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan. 

“Menerusi kemudahan ini, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan berjumlah sehingga RM150,000, manakala saiz pembiayaan untuk PKS adalah RM700,000 dengan tempoh pembiayaan selama tujuh tahun termasuk moratorium selama enam bulan,” katanya.

Sementara itu, moratorium sehingga enam bulan juga disediakan kepada pelanggan PMKS Bank Islam sedia ada yang terjejas di kawasan bencana banjir yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). 

Bantuan kewangan ini dibuka kepada semua kemudahan kredit dengan bayaran berjadual atau secara kontrak, khususnya Kemudahan pembiayaan berjangka, kemudahan kredit pusingan dan aliran tunai serta kemudahan perdagangan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI