fbpx

Lubang benam ‘telan’ 25 remaja asyik menari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua remaja tersebut menari dalam satu bulatan apabila lantai tarian runtuh secara tiba-tiba dan membentuk lubang benam. – Jam Press Vid

LIMA, PERU – Sebuah majlis graduasi di Peru bertukar menjadi ‘tragedi’ apabila lantai tarian runtuh sehingga membentuk satu lubang benam yang mengakibatkan puluhan remaja terjatuh ke dalam lubang tersebut, lapor akhbar New York Post semalam.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku apabila kesemua remaja berkenaan meraikan hari graduasi sekolah tinggi di wilayah San Martin.

Video yang dimuat naik pada 17 Disember lalu itu menunjukkan remaja-remaja tersebut menari dalam satu bulatan apabila lantai tarian runtuh secara tiba-tiba dan membentuk lubang benam.

Selepas muzik dihentikan, tetamu yang lain bergegas membantu semua mangsa yang terjatuh dengan menarik mereka naik ke atas lantai.

Kesemua 25 remaja itu kemudian dikejarkan ke pusat kesihatan setempat, namun tiada kematian dilaporkan dan tahap kecederaan mereka tidak didedahkan.

Punca kejadian itu masih tidak dijelaskan, namun laman berita Trome melaporkan bahawa lantai itu diperbuat daripada kayu dan tidak dapat menampung berat kesemua remaja tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI