fbpx

Lelaki bunuh ibu, tiga kanak-kanak sebelum perkosa salah seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terri Harris (kiri atas), Connie Gent (kanan atas), John Paul Bennett (kiri bawah) dan Lacey Bennett (kanan bawah). - Mirror UK

LONDON – Seorang lelaki di Britain mengaku bersalah membunuh seorang wanita hamil dan tiga kanak-kanak sebelum memperkosa salah seorang daripada gadis itu ketika mangsa nazak, lapor akhbar Mirror UK.

Damien Bendall, 32, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh teman wanitanya, Terri Harris, 35, dan anak perempuan mangsa, Lacey Bennett, 11, anak lelakinya, John Paul Bennett, serta rakan Lacey, Connie Gent, 11, di sebuah rumah di Derbyshire.

Dia mengaku bersalah memperkosa Lacey selepas mencederakan tengkorak mangsa menggunakan tukul, kata pendakwa raya, Louis Mably.

Bendall ditahan di luar rumah itu sejurus selepas pukul 7.39 pagi (waktu tempatan) pada 19 September lalu, selepas ibunya menelefon panggilan kecemasan dan memberitahu suspek menikam dirinya sendiri.

Hasil bedah siasat mendapati Harris dibunuh semasa mengandungkan anak Bendall yang belum lahir.

Hakim Mahkamah Tinggi, Sweeney akan menjatuhi hukuman ke atas Bendall atas empat pertuduhan membunuh dan satu pertuduhan rogol.

Mably berkata, Lacey berkemungkinan diperkosa sebanyak dua kali oleh Bendall.

Rakan Lacey, Connie mendapat kebenaran daripada ibunya untuk bermalam di rumah itu selama satu malam, tetapi melanjutkan aktiviti itu untuk satu malam lagi.

Harris dan tiga kanak-kanak itu ditemui mati di rumahnya di Derbyshire pada 19 September lalu.

“Nampaknya setiap mangsa diserang di dalam bilik yang berbeza, dan kelihatan dia (Bendall) mengelilingi rumah untuk mencari mereka, menyerang mereka secara bergilir-gilir, mengikut urutan,” kata Mably.

Tindakan Bendall pada malam pembunuhan itu ‘sebahagian besarnya tidak dapat diterangkan dan tanpa motif’, tambah beliau. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI