fbpx

Kim Sae-ron ke muka pengadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SAE-RON

KECUAIAN pelakon Kim Sae-ron yang sebelum ini mengejutkan ramai apabila memandu dalam keadaan mabuk akhirnya dibawa ke muka pengadilan.

Pada 19 Disember lalu, pelakon berusia 22 tahun itu didakwa atas tuduhan melanggar Akta Jalan Raya tanpa ditahan di sebuah mahkamah di Seoul.

Tidak hanya Sae-ron, penumpang kereta juga berdepan perbicaraan atas dakwaan membantu dan bersubahat dengannya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pelakon itu ditahan polis pada 18 Mei lalu kerana memandu bawah pengaruh alkohol selepas merempuh penghadang jalan, lampu isyarat dan tiang-tiang elektrik di Gangnam.

Bacaan kandungan alkohol dalam darahnya semasa kemalangan adalah 0.2 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI