BRISBANE, AUSTRALIA – Seorang kanak-kanak di Queensland, Australia menjadi sensasi media sosial selepas video rakaman menunjukkan dia terperangkap di dalam mesin mainan patung arked tular di internet, lapor portal berita MailOnline semalam.
Poppy Pearson yang berusia empat tahun masuk ke dalam mesin mainan tersebut selepas mengikuti arahan kakaknya, Savannah, dan cuba mengambil patung beruang dari dalam mesin tersebut.
Ibu mereka, Melanie Pike dan pasangannya, Brett Pearson memberitahu akhbar Daily Mail Australia bahawa mereka tidak dapat menahan diri daripada ketawa melihatkan aksi lucu Poppy.
“Brett ialah seorang tukang kayu, jadi saya tahu dia boleh mengeluarkan Poppy.
“Dia memang seorang hero. Saya hanya ketawa dan terus merakam video itu,” kata Melanie.
Tambahnya, sejak video tersebut tular di media sosial, Poppy telah menjadi ‘selebriti segera’ dan dikenali ramai orang.
“Dia memberitahu rakan-rakannya bahawa dia sudah popular sekarang,” kata Melanie. – Agensi